Aku kenal mamat ni dah lama. Lebih kurang 5 tahun. Dulu dia boleh dikatakan kawan rapat aku jugak lah. Sehingga lah kami berkahwin, tidur sekatil dan sekarang bercerai. Okay aku tipu. Intro intro.. Saja bagi ketaq jantung Abang halim ;)
Dia ni Kepala duit. Dalam otak dia hanya tahu duit. Bukan aku sorang jer cakap macam tu, dia pun kata macam tu jugak. Buktinya :
Pada Awal mengenal apa itu ”Blogspot” / “Blog” / “Blogger” dalam fikiran cuma ingin mencari sedikit pendapatan yg lumayan, tetapi sehingga kini masih kurang.
Boleh tengok di entry ini. Nampak ayat tragis dia ? Kenapa aku kata tragis? Sebab aku pun alami benda yang sama.
First kali dalam otak aku juga buat blog sebab nak duit!! Hah ! Tu lah akal aku masa aku mula mula buat blog ni.. Sama macam abang Halim. Masa tu bosan duduk rumah disebabkan cuti semester yang agak lama, lagi pulak tak buat kerja sambilan, dan tiba tiba aku terpikir nak jadi kayo dengan blog.. Hello cik amal !!!! sekarang kau kaya ke ? boleh beli handphone 3310 ke ? Haprak! Macam Najis ! Tuihh ! Nak bukti ??? Baca 2 enrty ini dan ini. JANGAN GELAK DENGAN CARA PENULISAN AKU WAKTU MULA-MULA DENGAN BLOG !
Korang bayangkan ehh, Tiap tiap hari aku g check duit dalam Heartbeat dan Nuffnang (Masa tu join yang ni je dulu), nak tengok kut kut dah ada beratus ke, beriban ke, at least rm 50(pun jadi lah untuk aku nak cashout).Tapi yang aku dapat, ini !!
*sila tepuk tangan
Fuyooo!! fuyyooo !! banyak gila duit ko amal !! boleh beli kereta, lappy dan motor 6 tayar sekaligus~~ fuyyooohh ! fuyooohh !! =.="
Dan aku rasa, argh!!! sengal nya kau amaL! Kau nak duit dengan Blog?? "Blog kau yang serabut", "Apa yang kau tulis, bapak mengarut", "Blog yang tak cantik + berat!" Sapa yang suka blog kau? Tak de sapa okay! bye!
Lama lama aku fed up dan taknak pikir pasal duit dengan blog, aku hanya boleh jadi pemerhati mereka, mereka dan mereka yang dapat seribu dengan nuffnang, dapat 3 ribu dengan heartbeat.. Dan start daripada itu, saya berblog bukan untuk KAMU, bukan untuk MEREKA, tapi UNTUKKU
Tapi sekarang, aku juga menjadi pemerhati buat abang Halim sebab kini dia boleh dapat rm200++ dengan Says, Boleh cash out nuffnang, Duit dia dengan usd belum kira lagi berapa ratusnya atau mungkin ribu-ribu.
Sumber gambar aku tengok di facebook beliau. Di sini.. Dah kalau news feed aku keluar duit usd-usd beliau, gila tak tergamam.. Banyak manfaat dan info-info korang boleh dapat kalau berkawan dengan dia. Dia banyak pengalaman yang kadang-kadang korang mesti tak sangka. Korang nampak dia blogger suam suku-suku, tapi kadang kadang yang senyap lah yang banyak emas di dalam mulot. Apa yang aku cakap ni?
Siapa kata senang ?? Bukan senang weyh dia nak capai ke tahap ini. Mungkin kita nampak dia dengan duit-duitnya, tapi kita tak tahu mungkin dia tak tidur, tak makan, atau terlupa pakai cawat semata-mata untuk menghadap laptop. Aku kenal beliau di facebook, menjadi rakan yang tak pernah berjumpa bagai, tapi disebabkan ilmu, aku rapat dengan beliau. Alhamdulillah. Abang halim tak lokek.. Bagi aku, untuk jadikannya inspirasi, kita perlu berada dekat dengannya. Ehem!
Siapa kata senang ?? Bukan senang weyh dia nak capai ke tahap ini. Mungkin kita nampak dia dengan duit-duitnya, tapi kita tak tahu mungkin dia tak tidur, tak makan, atau terlupa pakai cawat semata-mata untuk menghadap laptop. Aku kenal beliau di facebook, menjadi rakan yang tak pernah berjumpa bagai, tapi disebabkan ilmu, aku rapat dengan beliau. Alhamdulillah. Abang halim tak lokek.. Bagi aku, untuk jadikannya inspirasi, kita perlu berada dekat dengannya. Ehem!
Nampak bisnes online beliau ? Klik gambar di atas. Muda lagi weyh dia.. Tapi disebabkan ingin berjaya, beliau buat macam-macam untuk berjaya. Tak kesah, laku atau tak bisnes, turun naik banyak kali, yang penting bila kenal beliau, dia ada usaha dan tak putus-putus usaha. Aku rasa aku dah ter-over review pulak dah.. Kami dah kawin okay. HAHA
Dia kachak dan
Dan
Aku tulis ikut sedap rasa,
Kalau nak tulis lagi memang tak cukup masa,
Nak taip sikit nanti sampai ke lusa.
Amal nak hadiah ni. kalau amal menang, nak bagi ibu.. Haritu menang tudung dengan blog, dah bagi ibu. Sekarang, harap-harap sangat dapat menang baju ni. Boleh bagi ibu ^.^
Pelancaran Blog & Giveaway ini dianjurkan oleh Blog Halim Brothers Dot Com ditaja bersama SumiJelly dan Zahrah Mall